Sunday, 20 March 2016

Diploma Sains Kesetiausahaan Sem 1



Assalamualaikum!


Okay, seperti yang dijanjikan entry lepas, akak akan cerita sedikit tentang subjek apa yang adik adik akan belajar kalau dapat course ni. Harap dapat membuka sedikit minda kalian dengan pencerahan tentang kursus DSK ni okay. Ohh by the way, korang kena beli buku buku dari akak abang senior tau. Yang nak beli kat lecturer tu sesetengah subjek je.


 _________________________________
Pengajian Malaysia
Communicative English 1
*Asas Unit Beruniform
Occupational Safety and Health (OSHA)
Shorthand 1
Office Administration 1
Keyboarding Skills
Office Suite Software
 _________________________________



Okay, ni list subjek yang akan korang belajar dalam sem 1 ni. Asas Unit Beruniform tu, akak highlightkan sebab adik adik akan diberi pilihan untuk pilih sama ada nak masuk;


-            Unit Beruniform dari sem 1 sampai sem 5 atau,
-            Sukan untuk sem 2 dan kelab untuk sem 3


Siapa yang minat nak masuk askar wataniah ke JPAM ke, masuk lah untuk sem 1 ni. Macam akak, akak pilih option yang kedua, sebab akak nak lek lek dulu sem 1 ni. Ikut korang lah nak pilih mana pun.  Untuk sukan sem 2, banyak lah sukan adik boleh pilih. Contohnya macam badminton, silat, ping pong dan macam macam lagi. Untuk kelab pulak, boleh masuk kelab kaunseling, tarian tradisional, fotografi and etc. So make your own decision dengan sebaik mungkin. Hehehe.


Pengajian Malaysia


Subjek ni korang akan belajar pasal sejarah. Ala, macam zaman sekolah dulu. Belajar pasal parameswara, KOMANWEL, pembangunan modal insan. Subjek ni kalau korang rajin, memang insyaAllah boleh dapat A. Memang akan dapat banyak assignment berkumpulan lah subjek ni. Buat kertas kerja dan video untuk tugasan perkhidmatan sosial kalau tak silap. Akak dulu buat dekat tadika. So kami buat lah aktiviti mewarna lah menyanyi lah dengan budak budak ni. Tercapai juga impian akak nak jadi cikgu tadika. Huhu. Lepas tu ada Quiz 1 dan Quiz 2. Yang tu kena pakai otak sendiri lah ek. Hehe. Last sekali korang kena buat video pasal perpaduan dan bentanglah dekat depan. Semua ni carry mark korang. Kena ada teamwork dan kesabaran yang tinggi nak hadap semua ni. Semua ni membawa 70% markah. So final nanti cuma kena pulun 30% lagi. Haa akak pun nervous ni nak final.


Communicative English 1


Ni biasalah, korang akan belajar macam kat sekolah dulu, bahasa inggeris. Tapi lecturer korang akan dedahkan tentang MUET apa apa semua tu. Jangan takut, tak susah mana pun. Subjek ni korang akan ada listening test, powerpoint presentation, drama presentation dan group discussion. Lepastu ada lah final test macam tu. Speaking tu memang perlu lah dah nama pun bahasa inggeris. Akak hentam je dik, grammar terabur tolak tepi. Nama pun belajar.


Occupational Safety and Health (OSHA)


Subjek ni more to keselamatan dekat tempat kerja macam tu lah. Supaya korang kerja nanti, kalau jadi apa apa, at least korang tahu macam mana nak atasi. Ala dik, pernah masuk bulan sabit merah? Haa macam tu je belajarnya. Akak yang pandu puteri ni pun boleh hadap. Hehehe. Subjek ni akan ada 3 assignment korang kena buat. Study case 1, study case 2 dan study case 3. Dan macam biasa, semua ni melibatkan video, powerpoint dan software yang lain. Dan akan ada 2 Quiz. Subjek ni kalau lecturer korang tengah terangkan, korang focus, memang akan faham. Akak main handphone je dik dalam kelas ni, pasal tu lerrr. Hehe. Jangan ikut perangai kakakmu ini.


Shorthand 1


Subjek ni, hrmmmmmmm. Biar akak berfikir sejenak. Hahaha. Akak panggil shorthand ni tulisan cacing. Sebab nak mengguris ni memang susah bagi newbie macam akak ni. Tulisan yang macam mana? Nanti korang belajar, korang tahu lah. Kalau rajin buat revision, senanglah korang nanti. Itu je keypoint dia, rajin dan malas. Subjek ni akan ada 2 Quiz, 2 praktikal work, 2 test dan final exam. Jangan bimbang. Akak awal awal belajar dulu pun terkedek kedek. Tapi bila dah lama lama ni, boleh tangkap dah. Ohh ye, korang akan belajar tulisan cacing ni sampai sem 3 tau. Tabahkan hati ye. Hihi.


Office Administration 1


Subjek ni lebih kepada menghafal. Korang akan belajar lah semua kerja kerja setiausaha ni. Pasal stationery, mail dan sebagainya. Disebabkan subjek ni banyak fakta, jadi akak akan sediakan gula gula sebanyak mungkin, kalau tak bawa, member akan bawa. Korang akan ada 3 Quiz, 2 test dan 1 mini project. Mini projek ni bergantung kepada lecturer nak bagi korang kerja apa. Akak dapat tajuk stationery holder. Kena DIY buat stationery holder sendiri dengan kreatif. By group eh bukan sorang sorang. Group lain ada yang kena keluar pergi pejabat pos. Bergantung kepada nasib. Dalam course DSK ni, memang korang kena banyak buat report, surat itu ini. Tapi lek lek, belajar slow slow.


Keyboarding Skills


Okay, subjek ni korang kena pakai mesin taip yang lama tu. Yang bila tekan bunyi ‘ketak ketak ketak’. Haa kau, oldschool sangat. Hahaha. Tapi best lah, korang akan dapat pengalaman baru dan dapat belajar cara menaip dengan betul. Heyyy kita special tau dapat belajar semua ni. Jangan fikir semua ni membebankan. Positif sayang sayangku sekalian. Korang akan bawa buku keyboarding yang berat ni selalu. Ala, kira macam exercise untuk jadi sado lah. Tengok akak, sado bukan? Sado dengan lemak. Okay, subjek ni akan ada 1 quiz, 3 praktikal test, 4 praktikal work. Tak susah mana. Lama lama nanti korang akan lagi pro dari akak tau. Percayalah.


Office Suite Software


Since akak budak IT, tak heran lah subjek ni. Hahaha. Nampak tak jelas riak takbur tu. Takdelah. Subjek ni budak budak zaman sekarang confirm boleh buat. Korang kan asyik dengan gadget. Belajar software basic dalam windows je. Microsoft Word, Microsoft Powerpoint, Microsoft Excel, Microsoft Groove (Sharepoint). Tak susah mana kan? Kat sekolah pun ada belajar benda ni. Korang akan ada 2 quiz, 2 praktikal test, 2 praktikal work dan 1 mini project. Mini project ni korang akan buat 1 presentation guna powerpoint. Tajuk tugasan depends on lecturer masing masing. And korang kena buat magazine untuk tugasan ni. Kena kreatif. Itu je.



So, itu jelah yang mampu akak terangkan. Kalau nak tanya apa apa, boleh comment kat bawah ni. Kesimpulannya, belajar tak ada yang mudah tanpa minat, dan tak ada yang berjaya tanpa usaha. As long as korang nak sambung belajar untuk banggakan your family, teruskan. Akak sambung study sebab akak fikir masa depan dan fikir family. Selama ni asyik makan duit parents je, why not kita kerja keras sikit bagi duit dan perhatian lebih kat parents suatu hari nanti.


Hidup ni sekejap je. Hargai apa yang ada depan mata sebelum dia pergi untuk selamanya. Anyway, goodluck dalam membuat keputusan. Rezeki Allah tu luas.

1 comment:

  1. Asalam sis nk tnya skrg ni sis sem brape ye ??

    ReplyDelete