Sunday, 20 March 2016

Persediaan untuk Masuk IPTA



Assalamualaikum!


Entry kita berkaitan alam ipt tak habis lagi ye. Akak bukan apa, nak tolong adik adik ni haa. Sebab akak dulu pun gelabah buat research dulu pasal itu ini. Yelah, first time dapat masuk ipt, kau ghaseeee? Hahaha. Akak dulu senaraikan barang barang ikut kategori. List to do, barang toilet, ubat-ubatan and etc. So takdelah serabut bila tengok list barang tu kan. Nak pergi beli pun senang tumpu dekat setempat je. Jimat masa, jimat tenaga.


Okay. List to do!
  • Medical check up
  • Buat account bank (depends on ipt korang ada bank apa)
  • Broadband – of course, duduk sini banyak pakai kemudahan internet untuk buat assignment
  • Beli laptop – ni sebab akak waktu zaman sekolah tak pakai laptop
  • PTPTN – siapa yang rasa nak pinjam, pi lah pinjam
  • Jumpa member member sekolah – okay ini out of list sebenarnya, tapi akak dulu outing dengan member dulu, sebab nanti rindu hehehe


And yang paling penting, korang settlekan urusan dengan pihak ipt tu. Apa yang perlu buat, buat. Isi borang ke apa ke.


Barang Toilet:

  • Ubat gigi
  • Shampoo
  • Sabun mandi
  • Pencuci muka
  • Berus gigi 1 set – yelah dik, takkan nak pakai 1 berus gigi dalam 1 sem
  • Sabun basuh baju
  • Soflan
  • Shaver
  • Penyepit baju
  • Hanger
  • Baldi kecil – untuk awak letak sabun, shampoo etc
  • Baldi besar – untuk basuh baju
  • Basket besar – untuk letak baju yang dah dipakai
  • Berus basuh kain
  • SELIPAR TANDAS – nanti licin dik, awak jatuh, siapa nak sambut?
  • Barang keperluan kaum hawa – anything yang awak rasa perlu bawa, sila bawa. Kebersihan kena jaga.
  • Barang tambahan untuk kecantikan kaum hawa – scrub ke lulur ke, ikut awak lah nak bawa ke tak. Awal awal sem sempatlah nak melawa, dah hujung hujung sem ni, yang hado je dik oii, busy tak sempat melawa



Ubat-ubatan:

  • Minyak cap kapak
  • Tiger balm
  • Vitamin – penting untuk maintain kesihatan
  • Plaster
  • Ubat gamat
  • Panadol
  • Ubat-ubatan yang awak rasa penting untuk awak - kalau ada penyakit lelah ke apa ke



Keperluan diri (perempuan):

  • Tuala
  • Deodorant
  • Tuala wanita
  • Tisu – beli banyak banyak kotak sebab memang banyak pakai
  • Tisu packet – untuk awak bawa pergi kelas, nak touch up ke apa
  • Cotton bud
  • Sikat
  • Minyak rambut
  • Pengepit kuku & gunting kecil
  • PERFUME – kot kot musim takda air tu, ni lah jalan penyelesaiannya hahaha
  • Losyen
  • Benang & jarum – standby kot baju koyak ke apa, jahit je, tak payah membazir cari baru. Selagi boleh pakai, kita pakai
  • Bedak compact
  • Barang barang make up – untuk apa apa event ke. Nak pakai pergi kelas pun takda masalah, tapi tak payah over sangat, nanti kahwin takda seri hehehe
  • Purse – penting sebab ad IC, lessen, duit semua
  • Handbag – kot kot nak outing, standby jelah
  • Beg telekung – kalau beg kelas tak muat, bawa lah beg telekung
  • Getah rambut lebih daripada 1 – sebab nanti asyik hilang je hahaha
  • Cekak rambut – ni saja saja akak bawa, nampak lah kemas sikit pakai cekak
  • PIN TUDUNG – sila bawa banyak banyak ye, also jarum peniti. Memang banyak kegunaannya
  • Quran & Surah yassin – untuk pelindung diri dan rohani
  • Jam tangan
  • Telekung & sejadah – solat sila jaga ye sayang sayangku sekalian
  • Krim muka, pelembab muka and etc – penampilan kena jaga. Tapi akak tunggu waktu rajin, akak pakai lah. Hahaha.



Barang barang pantri & barang elektrik:

  • Cawan
  • Sudu
  • Garfu
  • Pinggan
  • Heater air
  • Iron
  • Air botol mineral – beli lah sekotak standby
  • Powerbank
  • Charger
  • Extension wire
  • Stock makanan – beli banyak banyak tau, nanti duduk sana memang ada masa tak sempat nak lepak kafe pun
  • Milo 3 in 1 – akak beli sebab mudah bancuh, cepat



Barang bilik:

  • Cadar
  • Bantal
  • Febreze
  • Selimut
  • Surat khabar – untuk lapik apa apa
  • Kain buruk – awal awal datang kan berhabuk
  • Langsir – kalau pihak ipt awak tak sediakan langsir
  • MANGGA ALMARI – penting ni, untuk safety
  • Tong sampah



Keperluan kuliah:

  • Pensel
  • Pemadam
  • Pen
  • Liquid
  • Highlight
  • Buku nota
  • Memopad
  • Kertas A4
  • Pembaris
  • Test pad
  • Kalkulator – untuk course akak tak perlu bagi sem 1
  • Beg laptop
  • Beg kuliah
  • Kamus
  • File - untuk simpan notes supaya teratur
  • Salotip
  • Stapler & ubat stapler
  • Gunting & gam
  • Tali gantung ID Card



Pakaian:

*depends lah dalam surat tu dia suruh bawa apa lagi*
  • Kasut sukan
  • Sweater – musim sejuk boleh lah, perlis panas
  • Selipar
  • Stokin sukan
  • Stokin untuk ke kelas
  • Cardigan
  • Inner hitam & putih
  • Kain batik
  • Baju kurung
  • Dress – standby untuk event
  • Seluar slack
  • Tracksuit
  • Lengging
  • Seluar tidur
  • Anak tudung hitam & putih
  • Anak tudung ninja
  • Kain hitam
  • Kasut kuliah – 1 ½ inch untuk course akak
  • Kain dalam
  • Kemeja & blouse
  • Pakaian dalam
  • Baju lengan pendek – untuk pakai dalam hostel
  • Baju lengan panjang – untuk pergi kafe ke
  • Tudung instant – orientasi nanti pasti akan pakai
  • Kasut biasa – untuk outing
  • Singlet hitam & putih
  • Handsock
  • Tudung – sila bawa banyak banyak



Dokumen penting:

  • Kad pengenalan
  • Lesen – nanti boleh sewa kereta gi jalan jalan hehehe
  • Gambar passport
  • Borang ptptn – jika mohon
  • Apa apa dokumen yang diminta oleh pihak ipt



Setakat ni, itu jelah. Kalau ada yang tiada dalam list tu, pandai pandai lah tambah ye. Akak Cuma tolong korang supaya tak serabut sangat fikir. Yang penting, kena sedia dari fizikal dan mental. Akan ada banyak cabaran, dugaan dan ujian bila duduk jauh dengan family ni. Berdikari lah ye. Awak tu dah besar panjang, sikit hari nanti nak kahwin dah. Haa kan dah keluar ayat mak mak.


Ohh satu hal lagi, jangan lah tunggu last minute baru nak cari barang. Memang akan ada barang yang tertinggal. Selamat maju jaya adik adik!

2 comments:

  1. assalamualaikum..saya nak tanya boleh..saya baru saje dpt sambung ke ptss..tapi saya curious mcm mana kamsis dkt situ..boleh bagitau katil tu dua tingkat atau satu tingkat

    ReplyDelete
  2. Thank akak banyak barang saya baru tahu untuk bawak.😊😊

    ReplyDelete