Assalamualaikum!
Okay, seperti yang dijanjikan entry lepas, akak akan cerita
sedikit tentang subjek apa yang adik adik akan belajar kalau dapat course ni.
Harap dapat membuka sedikit minda kalian dengan pencerahan tentang kursus DSK
ni okay. Ohh by the way, korang kena beli buku buku dari akak abang senior tau.
Yang nak beli kat lecturer tu sesetengah subjek je.
Pengajian Malaysia
Communicative English 1
*Asas Unit Beruniform
Occupational Safety and Health
(OSHA)
Shorthand 1
Office Administration 1
Keyboarding Skills
Office Suite Software
Okay, ni list subjek yang akan korang belajar dalam sem 1
ni. Asas Unit Beruniform tu, akak highlightkan
sebab adik adik akan diberi pilihan untuk pilih sama ada nak masuk;
- Unit Beruniform dari sem 1 sampai sem 5 atau,
- Sukan untuk sem 2 dan
kelab untuk sem 3
Siapa yang minat nak masuk askar wataniah ke JPAM ke, masuk
lah untuk sem 1 ni. Macam akak, akak pilih option yang kedua, sebab akak nak
lek lek dulu sem 1 ni. Ikut korang lah nak pilih mana pun. Untuk sukan sem 2, banyak lah sukan adik boleh
pilih. Contohnya macam badminton, silat, ping pong dan macam macam lagi. Untuk
kelab pulak, boleh masuk kelab kaunseling, tarian tradisional, fotografi and
etc. So make your own decision dengan sebaik mungkin. Hehehe.
Pengajian Malaysia
Subjek ni korang akan belajar pasal sejarah. Ala, macam
zaman sekolah dulu. Belajar pasal parameswara, KOMANWEL, pembangunan modal insan.
Subjek ni kalau korang rajin, memang insyaAllah boleh dapat A. Memang akan
dapat banyak assignment berkumpulan lah subjek ni. Buat kertas kerja dan video untuk tugasan perkhidmatan sosial kalau tak
silap. Akak dulu buat dekat tadika. So kami buat lah aktiviti mewarna lah
menyanyi lah dengan budak budak ni. Tercapai juga impian akak nak jadi cikgu
tadika. Huhu. Lepas tu ada Quiz 1 dan
Quiz 2. Yang tu kena pakai otak sendiri lah ek. Hehe. Last sekali korang
kena buat video pasal perpaduan dan bentanglah dekat depan. Semua ni carry mark
korang. Kena ada teamwork dan kesabaran yang tinggi nak hadap semua ni. Semua
ni membawa 70% markah. So final nanti cuma kena pulun 30% lagi. Haa akak pun
nervous ni nak final.
Communicative
English 1
Ni biasalah, korang akan belajar macam kat sekolah dulu,
bahasa inggeris. Tapi lecturer korang akan dedahkan tentang MUET apa apa semua
tu. Jangan takut, tak susah mana pun. Subjek ni korang akan ada listening test, powerpoint presentation,
drama presentation dan group discussion. Lepastu ada lah final test macam
tu. Speaking tu memang perlu lah dah nama pun bahasa inggeris. Akak hentam je
dik, grammar terabur tolak tepi. Nama pun belajar.
Occupational
Safety and Health (OSHA)
Subjek ni more to keselamatan dekat tempat kerja macam tu
lah. Supaya korang kerja nanti, kalau jadi apa apa, at least korang tahu macam
mana nak atasi. Ala dik, pernah masuk bulan sabit merah? Haa macam tu je belajarnya.
Akak yang pandu puteri ni pun boleh hadap. Hehehe. Subjek ni akan ada 3
assignment korang kena buat. Study case
1, study case 2 dan study case 3. Dan macam biasa, semua ni melibatkan
video, powerpoint dan software yang lain. Dan akan ada 2 Quiz. Subjek ni kalau lecturer korang tengah terangkan, korang focus,
memang akan faham. Akak main handphone je dik dalam kelas ni, pasal tu lerrr. Hehe.
Jangan ikut perangai kakakmu ini.
Shorthand 1
Subjek ni, hrmmmmmmm. Biar akak berfikir sejenak. Hahaha.
Akak panggil shorthand ni tulisan cacing. Sebab nak mengguris ni memang susah
bagi newbie macam akak ni. Tulisan yang macam mana? Nanti korang belajar,
korang tahu lah. Kalau rajin buat revision, senanglah korang nanti. Itu je
keypoint dia, rajin dan malas. Subjek ni akan ada 2 Quiz, 2 praktikal work, 2 test dan final exam. Jangan bimbang.
Akak awal awal belajar dulu pun terkedek kedek. Tapi bila dah lama lama ni,
boleh tangkap dah. Ohh ye, korang akan belajar tulisan cacing ni sampai sem 3
tau. Tabahkan hati ye. Hihi.
Office
Administration 1
Subjek ni lebih kepada menghafal. Korang akan belajar lah
semua kerja kerja setiausaha ni. Pasal stationery, mail dan sebagainya.
Disebabkan subjek ni banyak fakta, jadi akak akan sediakan gula gula sebanyak
mungkin, kalau tak bawa, member akan bawa. Korang akan ada 3 Quiz, 2 test dan 1 mini project. Mini projek ni bergantung kepada
lecturer nak bagi korang kerja apa. Akak dapat tajuk stationery holder. Kena
DIY buat stationery holder sendiri dengan kreatif. By group eh bukan sorang
sorang. Group lain ada yang kena keluar pergi pejabat pos. Bergantung kepada
nasib. Dalam course DSK ni, memang korang kena banyak buat report, surat itu
ini. Tapi lek lek, belajar slow slow.
Keyboarding Skills
Okay, subjek ni korang kena pakai mesin taip yang lama tu.
Yang bila tekan bunyi ‘ketak ketak ketak’. Haa kau, oldschool sangat. Hahaha.
Tapi best lah, korang akan dapat pengalaman baru dan dapat belajar cara menaip
dengan betul. Heyyy kita special tau dapat belajar semua ni. Jangan fikir semua
ni membebankan. Positif sayang sayangku sekalian. Korang akan bawa buku
keyboarding yang berat ni selalu. Ala, kira macam exercise untuk jadi sado lah.
Tengok akak, sado bukan? Sado dengan lemak. Okay, subjek ni akan ada 1 quiz, 3 praktikal test, 4 praktikal work.
Tak susah mana. Lama lama nanti korang akan lagi pro dari akak tau. Percayalah.
Office Suite
Software
Since akak budak IT, tak heran lah subjek ni. Hahaha. Nampak
tak jelas riak takbur tu. Takdelah. Subjek ni budak budak zaman sekarang
confirm boleh buat. Korang kan asyik dengan gadget. Belajar software basic
dalam windows je. Microsoft Word,
Microsoft Powerpoint, Microsoft Excel, Microsoft Groove (Sharepoint). Tak
susah mana kan? Kat sekolah pun ada belajar benda ni. Korang akan ada 2 quiz, 2 praktikal test, 2 praktikal work
dan 1 mini project. Mini project ni korang akan buat 1 presentation guna powerpoint.
Tajuk tugasan depends on lecturer masing masing. And korang kena buat magazine
untuk tugasan ni. Kena kreatif. Itu je.
So, itu jelah yang mampu akak terangkan. Kalau nak tanya apa
apa, boleh comment kat bawah ni. Kesimpulannya, belajar tak ada yang mudah
tanpa minat, dan tak ada yang berjaya tanpa usaha. As long as korang nak
sambung belajar untuk banggakan your family, teruskan. Akak sambung study sebab
akak fikir masa depan dan fikir family. Selama ni asyik makan duit parents je,
why not kita kerja keras sikit bagi duit dan perhatian lebih kat parents suatu
hari nanti.
Hidup ni sekejap je. Hargai apa yang ada depan mata sebelum dia
pergi untuk selamanya. Anyway, goodluck dalam membuat keputusan. Rezeki Allah
tu luas.
Asalam sis nk tnya skrg ni sis sem brape ye ??
ReplyDelete