Assalamualaikum!
Memandangkan final pun dah dekat, hampir cukup 1 sem aku
dekat sini, so aku nak share sedikit pengalaman tentang hari pertama aku di
sini. Aku pun baru sem 1, pengalaman tak banyak tapi cukuplah nak share dengan
adik adik lepasan SPM tu. Tapi entry ni panjang dan tanpa gambar, harap tak bosan lah. Siapa yang masih confuse nak masuk ipt mana, angkat
tangan! Yeayyy kita geng lah dik. Dulu akak SPM pun study last minute, tak
sampai seru nak study awal. Hmmmm senang cerita akak pemalas lah. Hehehe.
SPM dulu akak ambil course sains IT, kiranya akak ambil
semua subjek sains kecuali biologi. Biologi tu akak ganti dengan ICT. Jadi akak
ni pro lah bab bab computer ni. Hrm, kekwat gila aku ni. Okay, result SPM akak
tak lah bagus sangat tak lah teruk sangat. 2 ketul A je akak jumpa, tapi takda
failed. Alhamdulillah tu rezeki akak. Nak menyesal pun dah tak guna. So, kita
teruskan je hidup ni. Tak payah lah rasa “result aku teruk, aku tak dapat masuk
U”. Tak perlu nak salahkan Allah kenapa jadi macam tu. Tak perlu k, tak perlu.
Belajar bersyukur sikit. Tu rezeki adik.
Waktu nak apply UPU first intake dulu, akak pilih course
pendidikan awal kanak kanak dekat UPSI, pentadbiran awam dekat UiTM dan macam
macam lagi lah. Tapi nak buat macam mana, takda rezeki nak sangkut kat mana
mana. Akak memang kuat berangan nak jadi cikgu tadika. Suka beno nengok budak
budak kecik, comel. Sebab tu akak pasang niat nak kahwin awal. Tak dapat jadi
cikgu untuk anak orang, jadi cikgu untuk anak kita dah lah. Ehh lari topik.
Hahaha.
Akak ada apply poli dan ilp jugak, course yang akak ambil
sekarang. Tapi tak dapat juga. Okay takpelah, abah akak kata sabar je dulu,
nanti kita buat rayuan. Sampailah tarikh boleh buat rayuan, kemain lagi aku
mengharap akan dapat satu, at least satuuuu. Tup tup, dapat ILP kalau tak silap
akak, course programming macam tu lah. Menangis akak tak dapat UiTM, rasa macam
bodoh sangat ke aku ni. Berbelah bagi nak pergi ke tak, sebab programming
susah. Akak sekolah menengah dulu pun, harapkan kawan je tolong buat
programming. So, akak mohon petunjuk Allah, dan akak yakin dengan keputusan
akak. Akak tolak tawaran tu.
Mungkin korang ingat akak tolak rezeki tapi takpe, kita
sabar dulu second intake. Orang kata nak dapat rezeki tu memang perlu usaha dan
sabar. Akak duduk lah ceruk rumah selama 6 bulan lagi. Ada hikmah lah duduk
lama kat rumah ni. Relationship bonding dengan family makin erat, akak pun dah
pandai masak, boleh kahwin dah ni. Ehem. Hahaha. Alhamdulillah second intake,
akak dapat 2 tawaran. UiTM Raub, course pentadbiran awam dan PTSS, course sains
kesetiausahaan.
Memang banyak yang kata, pergilah UiTM, nanti senang sambung
degree, masa depan cerah, poli ni apalah sangat. Jujur akak sendiri confuse nak
buat keputusan. Bukan senang ye nak decide pilihan hidup, apatah lagi nak decide
siapa bakal suami. Eh amboii punchline. Tapi akak minta petunjuk, akak pilih
PTSS. Waktu tu akak kata “takpelah, kita mula dari bawah, insyaAllah rezeki tak
kemana”. Alhamdulillah keputusan yang akak buat tak membuat hati akak rasa
menyesal. Ni untuk siapa siapa yang pandang remeh pandang hina dekat
politeknik, mai jumpa akak, kita settle kat parking. Eh takdelah hehe.
Politeknik pun tempat untuk belajar jugak adik. Rezeki
masing masing kan. Kalau tak dapat masuk ipta, redha jelah. Mungkin rezeki bila
adik masuk sini, adik jadi dekan setiap sem ke jumpa jodoh ke. Hahaha. Kita tak
tahu dik. Akak pun sedang mencari jawapan ni, siapa bakal zauj akak. Gituwwww.
Okay. Course akak ni kan, mula mula akak ingat subjek Shorthand ni macam
tulisan cacing biasa biasa je tau. Tapi biasalah dik oiii, belajar mana yang
senang kacang, baik awak tak payah belajar. Macam awal awal awak masuk tadika
dulu, nak kenal ABC pun ambil masa. Sama je konsep dengan belajar dekat ipt.
A month before akak masuk sini, akak dah listkan barang
barang apa yang perlu. Gelabah lah cari itu ini, yang tak penting pun beli
juga. Ohh ya, pihak sini akan bagi adik list barang basic apa yang perlu adik
bawa. Untuk course sains kesetiausahaan, setiap hari kena pakai baju kurung
kecuali rabu. Rabu akan pakai baju korporat. Baju tu adik akan dapat waktu
orientasi nanti, jangan teruk teruk pi cari kat kedai luar sana. Isnin pakai
baju kurung dan blazer. Sama juga, blazer tu adik akan dapat. Lek je dik, kau
bayar yuran, settled semua dapat. And kasut kena 1 ½ inch ye. Tak payah teruk
teruk ukur lah dik, asalkan ada tumit sudah.
Barang apa yang akak bawa, nanti akan akak listkan untuk
entry seterusnya. Pengalaman orientasi pun akan akak cerita ek. Kasi can akak
nak throwback balik. Hehe. Okay, a week before akak daftar, akak stay kat kampung
dulu. Kampung kat Kedah je, so dekat jelah kan. Masa tu lah nak berkepit dengan
family pun.
Hari pertama di PTSS (Hari pendaftaran)
On the way mai sini, hati tu tak keruan. Demam pula masa tu,
memang blank habis lah. Akak dapat blok B1. Akak daftar dulu, dapat kunci,
check in lah tunggu apa lagi. Angkut lah dengan bagasi baldi bantal busuk semua
ada. Melilau cari bilik tak jumpa, masuk bilik 5. Dalam hati “Ni kot bilik aku”.
Kebetulan memang ada katil kosong 1. Haa yang mama dah salam dengan semua orang
yang ada dalam bilik tu. Aku mampu senyum je masa tu, demam kan, tak larat lah.
Lepastu makcik situ cakap “Cuba tengok no bilik betul betul, sebab tadi ada 2 orang
salah bilik”. Aku tengok tengok. Lah bilik 15 ke. Haduhai, malunya. Hahahaha.
Berangkut lah balik barang barang tu pi cari bilik 15.
Sampai sampai dalam bilik, dah ada 2 orang dah daftar. Okay
takpe, aku amik katil aku. Kemas kemas barang semua. Tiba tiba, ada sorang lagi
daftar masuk. Nampak macam sombong. Aku biarkan aje, aku kemas barang barang
aku diam diam. Mama abah kena pergi dengar taklimat untuk ibubapa. So aku kat
situ macam krik krik. Aku taknak situasi jadi awkward, mula lah ajak sembang, Tanya
duduk mana apa semua. Okay, attitude dia macam aku juga. Berwaspada, behave,
berdikari. Okay not bad, ada roommate satu kepala at least. Yang dua orang lagi
tu mula mula aku nampak macam tak boleh ngam, tapi lama lama okay lah.
Kami start orientasi pukul 4.30 petang kalau tak silap. So
ada banyak masa lagi lah. Taklimat ibubapa pun habis awal so mama abah kena
balik lah kan. Pulun lah aku minta mama abah stay sampai start orientasi. Tapi
tak boleh kan. So mama abah dah minta diri nak pergi, aku waktu tu hati sado,
salam tanpa drama air mata. Dah masuk 2-3 minggu, menangis lah. Hahaha sis hati
tisu. Dalam dok tunggu orientasi start, duduk jelah dalam bilik, kenal kenal roommate.
Biasanya aku ramah kalau jumpa orang, tak tau lah mai duduk sini jadi pemalu, polite
betul. Alhamdulillah, sayalah pilihan menantu mak awak. Hahaha.
Entry seterusnya, aku akan cerita pasal minggu MIHAS
(orientasi) dan persediaan masuk ipt. Ohh dan akak akan terangkan dengan detail
tentang subjek untuk course ni bagi sem 1. Stay tuned!
second intake tu kena mohon or akak tnggu jaa ? btw akk spm thun brp ?
ReplyDeletekak..biasa 2nd intake bulan brapa?
ReplyDeleteAkak biasa kalau second intake ni,adakah terhad pada asrama?
ReplyDelete