Monday, 21 March 2016

Minggu Orientasi (MIHAS) PTSS



Assalamualaikum!


Yeayyy seperti yang dijanjikan, aku akan buat satu entry tentang sepanjang minggu orientasi berlangsung. Aku takdelah ingat 100% cerita sebenar, sebab dah lama berlaku. Tapi aku akan try cerita dengan detail. Mohon sabar membaca sebab entry ni memang panjang. Minggu orientasi kali ni cuma berlangsung selama 4 hari. Biasa full seminggu kan? Untung weols kali ni. Hahaha.


Isnin (23/1/2015)


10.00 pagi – 12.30 tengah hari

Sesi pendaftaran. Pagi ni aku datang pukul 9 pagi. Tapi singgah jumpa abang dulu dekat UiTM Arau. Saja lah nak melawat dia, adik dia nak masuk ipt dah. Huhuhu. Pastu sembang punya sembang, dah pukul 10++, gerak gi poli. Berdebor hati weh, macam nak kahwin je rasa. Tapi steady lagi, mood memang ke laut sebab demam. Homesick lah kot. Hahaha gediknya aku. Okay, sampai sampai je poli, satu benda je terlintas dalam otak aku “ohmak aii, beso nya poli ni, ni kalau aku sesat, jenuh”. Abang akak faci jaga merata. Aku dapat blok B1, which is paling hujung. Tapi takpe, dekat dengan Pusat Islam dan jabatan(kelas).


2.30 ptg – 5.00 ptg

Aktiviti bebas. Boleh lah nak kemas kemas bilik ke, almari ke. Masa tu lah nak kenal roommate.


5.00 ptg – 10.15 mlm

Start lah orientasi. Berkumpul lah, ambil makanan, pastu duduk makan kat tapak pusat islam. Actually orientasi sepatutnya dijalankan di dewan harum manis, tapi since minggu tu ada sukan apa ntah dalam poli tu, so yang hado jelah dikk. Lepastu asar, maghrib dan isyak jemaah. Kuliah maghrib dan kuliah subuh wajib attend sepanjang orientasi, tapi lagi elok kalau kekalkan tabiat tu sampai habis sem kan hehehe.


Malam tu ada lah sikit taklimat MIHAS macam tu. Baca ikrar, nyanyi lagu poli. Tapi macam biasa, setiap orientasi akan ada game. Nyanyi lagu budak budak tu memang wajib. Hahaha layankan aje abang akak faci awak tu, untuk happy happy je, lek lah. Ewah cakap besor, padahal aku dulu pun malu-malu. Dah habis semua tu, boleh lah balik bilik, nak mandi ke apa.


Selasa (24/11/2015)


5.30 pagi – 6.15 ptg

Start hari ni memang letih. Padat jadual. Awal pagi tu akak faci akan kejut korang in case terlajak tidur. Aku minggu orientasi ni memang tidur ayam je, takut terlajak tidur. Yelah, nak harap roommate kau kejut, mesti malu, baru je kenal kan. Haa, siap lambat memang kena marah dengan biro disiplin. Sorang buat salah, semua kena. Padahal aku sampai awal, kena denda jugak. Hishh gewammmm. Okay. Bersiap dan pergi pusat islam untuk solat jemaah. Habis je kuliah subuh, sarapan pagi. Serious cakap, aku tak lalu nak makan 2 minggu awal masuk poli ni. Teringat mama. Huhuhu manja sangat ke sis ni. Normal lah kot. Sepanjang minggu ni, korang akan naik turun jabatan. Pusing keliling poli. Memang penat tapi enjoy.


Akan ada sesi semakan & penyerahan dokumen pendaftaran lepas sarapan. Dah habis tu, taklimat pulak. Waktu taklimat memang boleh kata kalau bagi aku bantal, memang lena kat situ tau. Hahaha. Masuk waktu Zohor, solat jemaah dulu. Lepastu sambung balik taklimat itu ini sampai lah 6.30 petang macam tu. Petang tu ada lah budak lelaki berani naik bilik, ponteng orientasi. Lepastu kantoi, kena lah marah dengan abang faci. Haduh aku tak boleh betul orang jerit tengking macam ni, rasa lemah semangat pun ada, rasa nak penampar pun ada. Hahaha nasib i behave hmm goodgirl. Okay. Solat dulu. Dapat minum petang then balik bilik kejap untuk mandi bersiap semua.


7.15 ptg – 10.15 mlm

Makan malam, solat maghrib, kuliah maghrib dan solat isyak. Malam tu ada lagi taklimat. Hadap jelah dik oii, mata dah berat dah padahal. Huhu. Lepastu balik bilik, tidur pun tak lena. Memang penat lah esoknya.


Rabu (25/11/2015)

5.30 pagi – 6.15 petang

Macam biasa lah dik, sama je aktiviti macam semalam. Siapa lambat, kena marah. Malas nak taip benda yang sama. Tapi senang cerita, memang padat dengan taklimat lah. Sesekali tu abang akak faci tu ada lah buat game. Pastu naik turun jabatan, melawat 1 poli.


7.15 ptg – 10.15 mlm

Malam ni best sikit lah. Takda taklimat. Hehehe. Cuma ada macam majlis perpisahan dengan faci. Yang ketua faci tu tiba tiba marah mengamuk dekat anak anak buah dia, dia ingat aku tak tahu semua tu gimik. Hahaha. Tapi boleh lah, terharu lah jugak. Tengok pula video yang diorang buat, lagi rasa nak nangis. Hrm sis hati tisu. Lepastu sesi minta maaf, salam salam, minta phone number abang faci. Eh? Hahaha akak tak buat hokkayyy, belum ada kekuatan nak gi minta. Nanti lah kot kot dia aim akak dari awal orientasi, kalau tak sem ni, sem depan mungkin kami bernikah. Eh amboii, tak behave nya awak ni hanis. Hehe.


Khamis ( 26/11/2015)


5.30 pg – 2.15 ptg

Aktiviti macam biasa tapi pagi ni lek lek je tak kena marah. Yelah, semalam dah minta maaf kan. Cuma pagi ni ada majlis penutup. Lepastu makan dan solat.


2.15 ptg – 6.30 ptg

Yeayyyyyy hakak suka bebeno aktiviti ni. Lawatan sekitar Perlis. Since akak duduk KL, kampung dekat Kedah, so tak pernah lagi lah jalan jalan kat sini. Dibahagi ikut group untuk naik bas tu ke bas ni. So, dah memang ditakdirkan aku untuk pergi trip petang, jadi sempat lah aku cuci mata tengok abang abang faci. Hahaha. Then sampai lah turn aku untuk pergi jalan jalan. Naik bas dengan akak abang faci.


Okay. Waktu tu memang aku dah letih sangat sangat, duduk dalam bas tu memang nak lena dah. Kami nak pi padang besar, jadi lama lah juga perjalanan tu. Aku nak lena, segan lah pula sebab duduk seat depan sekali, depan tu ada lah abang abang faci. Hmm sebab aku tahu aku kalau dah tidur tu memang tak senonoh sangat. Hahaha. Jadi aku tidur tidur ayam ajelah. Sampai kat padang besar, kelilinglah kedai kedai, cari baju dan sebagainya. Kami kena balik dekat bas sebelum pukul 6 rasanya.


Ohh ya, dekat sini kalau kau cakap KL memang kena tipu. Nasib lah aku ni mix siam sikit, jadi sebab tu relationship bonding aku dengan orang situ erat dan akrab. Hahaha takdelah, aku tak reti mana pun nak cakap siam, tapi dekat kampung aku memang cakap siam memanjang, jenuh aku nak faham. Aku cakap utara jelah dekat padang besar tu, tawar habis tawar, dapatlah murah. Lepastu naik bas balik, pusing pusing sat, pastu balik poli.



Lepastu rehat lah jumaat, sabtu ahad tu sebab isnin dah start kuliah. Jadi adik adik sekalian, apa yang akak boleh rumuskan kat sini, akak dah jumpa bakal imam akak. Hahaha jangan kau percaya lah dik oii, takda orang masuk meminang lagi. Konklusinya, orientasi ni kalau mind set kau kata membebankan, akan membebankanlah. Kita lek lek enjoy je okay dik. Apa apa pun PTSS ni best. Rezeki akak dah tertulis dekat sini, mana tahu esok lusa jodoh akak pula tertulis kat sini. Eh? Hahahah okay bye!

1 comment:

  1. sy pun sama macam awk asal kl kampung kt kedah n now adik dapat ptss haha kebetulan. tak lama lagi dia nk masuk daftar. nk tanya, kalau dari kl nk ke sana selalu awk naik bas ke keretapi ? boleh terangkan x sbb tak pernah ke sana.

    ReplyDelete