Monday, 21 March 2016

Minggu Orientasi (MIHAS) PTSS



Assalamualaikum!


Yeayyy seperti yang dijanjikan, aku akan buat satu entry tentang sepanjang minggu orientasi berlangsung. Aku takdelah ingat 100% cerita sebenar, sebab dah lama berlaku. Tapi aku akan try cerita dengan detail. Mohon sabar membaca sebab entry ni memang panjang. Minggu orientasi kali ni cuma berlangsung selama 4 hari. Biasa full seminggu kan? Untung weols kali ni. Hahaha.


Isnin (23/1/2015)


10.00 pagi – 12.30 tengah hari

Sesi pendaftaran. Pagi ni aku datang pukul 9 pagi. Tapi singgah jumpa abang dulu dekat UiTM Arau. Saja lah nak melawat dia, adik dia nak masuk ipt dah. Huhuhu. Pastu sembang punya sembang, dah pukul 10++, gerak gi poli. Berdebor hati weh, macam nak kahwin je rasa. Tapi steady lagi, mood memang ke laut sebab demam. Homesick lah kot. Hahaha gediknya aku. Okay, sampai sampai je poli, satu benda je terlintas dalam otak aku “ohmak aii, beso nya poli ni, ni kalau aku sesat, jenuh”. Abang akak faci jaga merata. Aku dapat blok B1, which is paling hujung. Tapi takpe, dekat dengan Pusat Islam dan jabatan(kelas).


2.30 ptg – 5.00 ptg

Aktiviti bebas. Boleh lah nak kemas kemas bilik ke, almari ke. Masa tu lah nak kenal roommate.


5.00 ptg – 10.15 mlm

Start lah orientasi. Berkumpul lah, ambil makanan, pastu duduk makan kat tapak pusat islam. Actually orientasi sepatutnya dijalankan di dewan harum manis, tapi since minggu tu ada sukan apa ntah dalam poli tu, so yang hado jelah dikk. Lepastu asar, maghrib dan isyak jemaah. Kuliah maghrib dan kuliah subuh wajib attend sepanjang orientasi, tapi lagi elok kalau kekalkan tabiat tu sampai habis sem kan hehehe.


Malam tu ada lah sikit taklimat MIHAS macam tu. Baca ikrar, nyanyi lagu poli. Tapi macam biasa, setiap orientasi akan ada game. Nyanyi lagu budak budak tu memang wajib. Hahaha layankan aje abang akak faci awak tu, untuk happy happy je, lek lah. Ewah cakap besor, padahal aku dulu pun malu-malu. Dah habis semua tu, boleh lah balik bilik, nak mandi ke apa.


Selasa (24/11/2015)


5.30 pagi – 6.15 ptg

Start hari ni memang letih. Padat jadual. Awal pagi tu akak faci akan kejut korang in case terlajak tidur. Aku minggu orientasi ni memang tidur ayam je, takut terlajak tidur. Yelah, nak harap roommate kau kejut, mesti malu, baru je kenal kan. Haa, siap lambat memang kena marah dengan biro disiplin. Sorang buat salah, semua kena. Padahal aku sampai awal, kena denda jugak. Hishh gewammmm. Okay. Bersiap dan pergi pusat islam untuk solat jemaah. Habis je kuliah subuh, sarapan pagi. Serious cakap, aku tak lalu nak makan 2 minggu awal masuk poli ni. Teringat mama. Huhuhu manja sangat ke sis ni. Normal lah kot. Sepanjang minggu ni, korang akan naik turun jabatan. Pusing keliling poli. Memang penat tapi enjoy.


Akan ada sesi semakan & penyerahan dokumen pendaftaran lepas sarapan. Dah habis tu, taklimat pulak. Waktu taklimat memang boleh kata kalau bagi aku bantal, memang lena kat situ tau. Hahaha. Masuk waktu Zohor, solat jemaah dulu. Lepastu sambung balik taklimat itu ini sampai lah 6.30 petang macam tu. Petang tu ada lah budak lelaki berani naik bilik, ponteng orientasi. Lepastu kantoi, kena lah marah dengan abang faci. Haduh aku tak boleh betul orang jerit tengking macam ni, rasa lemah semangat pun ada, rasa nak penampar pun ada. Hahaha nasib i behave hmm goodgirl. Okay. Solat dulu. Dapat minum petang then balik bilik kejap untuk mandi bersiap semua.


7.15 ptg – 10.15 mlm

Makan malam, solat maghrib, kuliah maghrib dan solat isyak. Malam tu ada lagi taklimat. Hadap jelah dik oii, mata dah berat dah padahal. Huhu. Lepastu balik bilik, tidur pun tak lena. Memang penat lah esoknya.


Rabu (25/11/2015)

5.30 pagi – 6.15 petang

Macam biasa lah dik, sama je aktiviti macam semalam. Siapa lambat, kena marah. Malas nak taip benda yang sama. Tapi senang cerita, memang padat dengan taklimat lah. Sesekali tu abang akak faci tu ada lah buat game. Pastu naik turun jabatan, melawat 1 poli.


7.15 ptg – 10.15 mlm

Malam ni best sikit lah. Takda taklimat. Hehehe. Cuma ada macam majlis perpisahan dengan faci. Yang ketua faci tu tiba tiba marah mengamuk dekat anak anak buah dia, dia ingat aku tak tahu semua tu gimik. Hahaha. Tapi boleh lah, terharu lah jugak. Tengok pula video yang diorang buat, lagi rasa nak nangis. Hrm sis hati tisu. Lepastu sesi minta maaf, salam salam, minta phone number abang faci. Eh? Hahaha akak tak buat hokkayyy, belum ada kekuatan nak gi minta. Nanti lah kot kot dia aim akak dari awal orientasi, kalau tak sem ni, sem depan mungkin kami bernikah. Eh amboii, tak behave nya awak ni hanis. Hehe.


Khamis ( 26/11/2015)


5.30 pg – 2.15 ptg

Aktiviti macam biasa tapi pagi ni lek lek je tak kena marah. Yelah, semalam dah minta maaf kan. Cuma pagi ni ada majlis penutup. Lepastu makan dan solat.


2.15 ptg – 6.30 ptg

Yeayyyyyy hakak suka bebeno aktiviti ni. Lawatan sekitar Perlis. Since akak duduk KL, kampung dekat Kedah, so tak pernah lagi lah jalan jalan kat sini. Dibahagi ikut group untuk naik bas tu ke bas ni. So, dah memang ditakdirkan aku untuk pergi trip petang, jadi sempat lah aku cuci mata tengok abang abang faci. Hahaha. Then sampai lah turn aku untuk pergi jalan jalan. Naik bas dengan akak abang faci.


Okay. Waktu tu memang aku dah letih sangat sangat, duduk dalam bas tu memang nak lena dah. Kami nak pi padang besar, jadi lama lah juga perjalanan tu. Aku nak lena, segan lah pula sebab duduk seat depan sekali, depan tu ada lah abang abang faci. Hmm sebab aku tahu aku kalau dah tidur tu memang tak senonoh sangat. Hahaha. Jadi aku tidur tidur ayam ajelah. Sampai kat padang besar, kelilinglah kedai kedai, cari baju dan sebagainya. Kami kena balik dekat bas sebelum pukul 6 rasanya.


Ohh ya, dekat sini kalau kau cakap KL memang kena tipu. Nasib lah aku ni mix siam sikit, jadi sebab tu relationship bonding aku dengan orang situ erat dan akrab. Hahaha takdelah, aku tak reti mana pun nak cakap siam, tapi dekat kampung aku memang cakap siam memanjang, jenuh aku nak faham. Aku cakap utara jelah dekat padang besar tu, tawar habis tawar, dapatlah murah. Lepastu naik bas balik, pusing pusing sat, pastu balik poli.



Lepastu rehat lah jumaat, sabtu ahad tu sebab isnin dah start kuliah. Jadi adik adik sekalian, apa yang akak boleh rumuskan kat sini, akak dah jumpa bakal imam akak. Hahaha jangan kau percaya lah dik oii, takda orang masuk meminang lagi. Konklusinya, orientasi ni kalau mind set kau kata membebankan, akan membebankanlah. Kita lek lek enjoy je okay dik. Apa apa pun PTSS ni best. Rezeki akak dah tertulis dekat sini, mana tahu esok lusa jodoh akak pula tertulis kat sini. Eh? Hahahah okay bye!

Sunday, 20 March 2016

Persediaan untuk Masuk IPTA



Assalamualaikum!


Entry kita berkaitan alam ipt tak habis lagi ye. Akak bukan apa, nak tolong adik adik ni haa. Sebab akak dulu pun gelabah buat research dulu pasal itu ini. Yelah, first time dapat masuk ipt, kau ghaseeee? Hahaha. Akak dulu senaraikan barang barang ikut kategori. List to do, barang toilet, ubat-ubatan and etc. So takdelah serabut bila tengok list barang tu kan. Nak pergi beli pun senang tumpu dekat setempat je. Jimat masa, jimat tenaga.


Okay. List to do!
  • Medical check up
  • Buat account bank (depends on ipt korang ada bank apa)
  • Broadband – of course, duduk sini banyak pakai kemudahan internet untuk buat assignment
  • Beli laptop – ni sebab akak waktu zaman sekolah tak pakai laptop
  • PTPTN – siapa yang rasa nak pinjam, pi lah pinjam
  • Jumpa member member sekolah – okay ini out of list sebenarnya, tapi akak dulu outing dengan member dulu, sebab nanti rindu hehehe


And yang paling penting, korang settlekan urusan dengan pihak ipt tu. Apa yang perlu buat, buat. Isi borang ke apa ke.


Barang Toilet:

  • Ubat gigi
  • Shampoo
  • Sabun mandi
  • Pencuci muka
  • Berus gigi 1 set – yelah dik, takkan nak pakai 1 berus gigi dalam 1 sem
  • Sabun basuh baju
  • Soflan
  • Shaver
  • Penyepit baju
  • Hanger
  • Baldi kecil – untuk awak letak sabun, shampoo etc
  • Baldi besar – untuk basuh baju
  • Basket besar – untuk letak baju yang dah dipakai
  • Berus basuh kain
  • SELIPAR TANDAS – nanti licin dik, awak jatuh, siapa nak sambut?
  • Barang keperluan kaum hawa – anything yang awak rasa perlu bawa, sila bawa. Kebersihan kena jaga.
  • Barang tambahan untuk kecantikan kaum hawa – scrub ke lulur ke, ikut awak lah nak bawa ke tak. Awal awal sem sempatlah nak melawa, dah hujung hujung sem ni, yang hado je dik oii, busy tak sempat melawa



Ubat-ubatan:

  • Minyak cap kapak
  • Tiger balm
  • Vitamin – penting untuk maintain kesihatan
  • Plaster
  • Ubat gamat
  • Panadol
  • Ubat-ubatan yang awak rasa penting untuk awak - kalau ada penyakit lelah ke apa ke



Keperluan diri (perempuan):

  • Tuala
  • Deodorant
  • Tuala wanita
  • Tisu – beli banyak banyak kotak sebab memang banyak pakai
  • Tisu packet – untuk awak bawa pergi kelas, nak touch up ke apa
  • Cotton bud
  • Sikat
  • Minyak rambut
  • Pengepit kuku & gunting kecil
  • PERFUME – kot kot musim takda air tu, ni lah jalan penyelesaiannya hahaha
  • Losyen
  • Benang & jarum – standby kot baju koyak ke apa, jahit je, tak payah membazir cari baru. Selagi boleh pakai, kita pakai
  • Bedak compact
  • Barang barang make up – untuk apa apa event ke. Nak pakai pergi kelas pun takda masalah, tapi tak payah over sangat, nanti kahwin takda seri hehehe
  • Purse – penting sebab ad IC, lessen, duit semua
  • Handbag – kot kot nak outing, standby jelah
  • Beg telekung – kalau beg kelas tak muat, bawa lah beg telekung
  • Getah rambut lebih daripada 1 – sebab nanti asyik hilang je hahaha
  • Cekak rambut – ni saja saja akak bawa, nampak lah kemas sikit pakai cekak
  • PIN TUDUNG – sila bawa banyak banyak ye, also jarum peniti. Memang banyak kegunaannya
  • Quran & Surah yassin – untuk pelindung diri dan rohani
  • Jam tangan
  • Telekung & sejadah – solat sila jaga ye sayang sayangku sekalian
  • Krim muka, pelembab muka and etc – penampilan kena jaga. Tapi akak tunggu waktu rajin, akak pakai lah. Hahaha.



Barang barang pantri & barang elektrik:

  • Cawan
  • Sudu
  • Garfu
  • Pinggan
  • Heater air
  • Iron
  • Air botol mineral – beli lah sekotak standby
  • Powerbank
  • Charger
  • Extension wire
  • Stock makanan – beli banyak banyak tau, nanti duduk sana memang ada masa tak sempat nak lepak kafe pun
  • Milo 3 in 1 – akak beli sebab mudah bancuh, cepat



Barang bilik:

  • Cadar
  • Bantal
  • Febreze
  • Selimut
  • Surat khabar – untuk lapik apa apa
  • Kain buruk – awal awal datang kan berhabuk
  • Langsir – kalau pihak ipt awak tak sediakan langsir
  • MANGGA ALMARI – penting ni, untuk safety
  • Tong sampah



Keperluan kuliah:

  • Pensel
  • Pemadam
  • Pen
  • Liquid
  • Highlight
  • Buku nota
  • Memopad
  • Kertas A4
  • Pembaris
  • Test pad
  • Kalkulator – untuk course akak tak perlu bagi sem 1
  • Beg laptop
  • Beg kuliah
  • Kamus
  • File - untuk simpan notes supaya teratur
  • Salotip
  • Stapler & ubat stapler
  • Gunting & gam
  • Tali gantung ID Card



Pakaian:

*depends lah dalam surat tu dia suruh bawa apa lagi*
  • Kasut sukan
  • Sweater – musim sejuk boleh lah, perlis panas
  • Selipar
  • Stokin sukan
  • Stokin untuk ke kelas
  • Cardigan
  • Inner hitam & putih
  • Kain batik
  • Baju kurung
  • Dress – standby untuk event
  • Seluar slack
  • Tracksuit
  • Lengging
  • Seluar tidur
  • Anak tudung hitam & putih
  • Anak tudung ninja
  • Kain hitam
  • Kasut kuliah – 1 ½ inch untuk course akak
  • Kain dalam
  • Kemeja & blouse
  • Pakaian dalam
  • Baju lengan pendek – untuk pakai dalam hostel
  • Baju lengan panjang – untuk pergi kafe ke
  • Tudung instant – orientasi nanti pasti akan pakai
  • Kasut biasa – untuk outing
  • Singlet hitam & putih
  • Handsock
  • Tudung – sila bawa banyak banyak



Dokumen penting:

  • Kad pengenalan
  • Lesen – nanti boleh sewa kereta gi jalan jalan hehehe
  • Gambar passport
  • Borang ptptn – jika mohon
  • Apa apa dokumen yang diminta oleh pihak ipt



Setakat ni, itu jelah. Kalau ada yang tiada dalam list tu, pandai pandai lah tambah ye. Akak Cuma tolong korang supaya tak serabut sangat fikir. Yang penting, kena sedia dari fizikal dan mental. Akan ada banyak cabaran, dugaan dan ujian bila duduk jauh dengan family ni. Berdikari lah ye. Awak tu dah besar panjang, sikit hari nanti nak kahwin dah. Haa kan dah keluar ayat mak mak.


Ohh satu hal lagi, jangan lah tunggu last minute baru nak cari barang. Memang akan ada barang yang tertinggal. Selamat maju jaya adik adik!

Diploma Sains Kesetiausahaan Sem 1



Assalamualaikum!


Okay, seperti yang dijanjikan entry lepas, akak akan cerita sedikit tentang subjek apa yang adik adik akan belajar kalau dapat course ni. Harap dapat membuka sedikit minda kalian dengan pencerahan tentang kursus DSK ni okay. Ohh by the way, korang kena beli buku buku dari akak abang senior tau. Yang nak beli kat lecturer tu sesetengah subjek je.


 _________________________________
Pengajian Malaysia
Communicative English 1
*Asas Unit Beruniform
Occupational Safety and Health (OSHA)
Shorthand 1
Office Administration 1
Keyboarding Skills
Office Suite Software
 _________________________________



Okay, ni list subjek yang akan korang belajar dalam sem 1 ni. Asas Unit Beruniform tu, akak highlightkan sebab adik adik akan diberi pilihan untuk pilih sama ada nak masuk;


-            Unit Beruniform dari sem 1 sampai sem 5 atau,
-            Sukan untuk sem 2 dan kelab untuk sem 3


Siapa yang minat nak masuk askar wataniah ke JPAM ke, masuk lah untuk sem 1 ni. Macam akak, akak pilih option yang kedua, sebab akak nak lek lek dulu sem 1 ni. Ikut korang lah nak pilih mana pun.  Untuk sukan sem 2, banyak lah sukan adik boleh pilih. Contohnya macam badminton, silat, ping pong dan macam macam lagi. Untuk kelab pulak, boleh masuk kelab kaunseling, tarian tradisional, fotografi and etc. So make your own decision dengan sebaik mungkin. Hehehe.


Pengajian Malaysia


Subjek ni korang akan belajar pasal sejarah. Ala, macam zaman sekolah dulu. Belajar pasal parameswara, KOMANWEL, pembangunan modal insan. Subjek ni kalau korang rajin, memang insyaAllah boleh dapat A. Memang akan dapat banyak assignment berkumpulan lah subjek ni. Buat kertas kerja dan video untuk tugasan perkhidmatan sosial kalau tak silap. Akak dulu buat dekat tadika. So kami buat lah aktiviti mewarna lah menyanyi lah dengan budak budak ni. Tercapai juga impian akak nak jadi cikgu tadika. Huhu. Lepas tu ada Quiz 1 dan Quiz 2. Yang tu kena pakai otak sendiri lah ek. Hehe. Last sekali korang kena buat video pasal perpaduan dan bentanglah dekat depan. Semua ni carry mark korang. Kena ada teamwork dan kesabaran yang tinggi nak hadap semua ni. Semua ni membawa 70% markah. So final nanti cuma kena pulun 30% lagi. Haa akak pun nervous ni nak final.


Communicative English 1


Ni biasalah, korang akan belajar macam kat sekolah dulu, bahasa inggeris. Tapi lecturer korang akan dedahkan tentang MUET apa apa semua tu. Jangan takut, tak susah mana pun. Subjek ni korang akan ada listening test, powerpoint presentation, drama presentation dan group discussion. Lepastu ada lah final test macam tu. Speaking tu memang perlu lah dah nama pun bahasa inggeris. Akak hentam je dik, grammar terabur tolak tepi. Nama pun belajar.


Occupational Safety and Health (OSHA)


Subjek ni more to keselamatan dekat tempat kerja macam tu lah. Supaya korang kerja nanti, kalau jadi apa apa, at least korang tahu macam mana nak atasi. Ala dik, pernah masuk bulan sabit merah? Haa macam tu je belajarnya. Akak yang pandu puteri ni pun boleh hadap. Hehehe. Subjek ni akan ada 3 assignment korang kena buat. Study case 1, study case 2 dan study case 3. Dan macam biasa, semua ni melibatkan video, powerpoint dan software yang lain. Dan akan ada 2 Quiz. Subjek ni kalau lecturer korang tengah terangkan, korang focus, memang akan faham. Akak main handphone je dik dalam kelas ni, pasal tu lerrr. Hehe. Jangan ikut perangai kakakmu ini.


Shorthand 1


Subjek ni, hrmmmmmmm. Biar akak berfikir sejenak. Hahaha. Akak panggil shorthand ni tulisan cacing. Sebab nak mengguris ni memang susah bagi newbie macam akak ni. Tulisan yang macam mana? Nanti korang belajar, korang tahu lah. Kalau rajin buat revision, senanglah korang nanti. Itu je keypoint dia, rajin dan malas. Subjek ni akan ada 2 Quiz, 2 praktikal work, 2 test dan final exam. Jangan bimbang. Akak awal awal belajar dulu pun terkedek kedek. Tapi bila dah lama lama ni, boleh tangkap dah. Ohh ye, korang akan belajar tulisan cacing ni sampai sem 3 tau. Tabahkan hati ye. Hihi.


Office Administration 1


Subjek ni lebih kepada menghafal. Korang akan belajar lah semua kerja kerja setiausaha ni. Pasal stationery, mail dan sebagainya. Disebabkan subjek ni banyak fakta, jadi akak akan sediakan gula gula sebanyak mungkin, kalau tak bawa, member akan bawa. Korang akan ada 3 Quiz, 2 test dan 1 mini project. Mini projek ni bergantung kepada lecturer nak bagi korang kerja apa. Akak dapat tajuk stationery holder. Kena DIY buat stationery holder sendiri dengan kreatif. By group eh bukan sorang sorang. Group lain ada yang kena keluar pergi pejabat pos. Bergantung kepada nasib. Dalam course DSK ni, memang korang kena banyak buat report, surat itu ini. Tapi lek lek, belajar slow slow.


Keyboarding Skills


Okay, subjek ni korang kena pakai mesin taip yang lama tu. Yang bila tekan bunyi ‘ketak ketak ketak’. Haa kau, oldschool sangat. Hahaha. Tapi best lah, korang akan dapat pengalaman baru dan dapat belajar cara menaip dengan betul. Heyyy kita special tau dapat belajar semua ni. Jangan fikir semua ni membebankan. Positif sayang sayangku sekalian. Korang akan bawa buku keyboarding yang berat ni selalu. Ala, kira macam exercise untuk jadi sado lah. Tengok akak, sado bukan? Sado dengan lemak. Okay, subjek ni akan ada 1 quiz, 3 praktikal test, 4 praktikal work. Tak susah mana. Lama lama nanti korang akan lagi pro dari akak tau. Percayalah.


Office Suite Software


Since akak budak IT, tak heran lah subjek ni. Hahaha. Nampak tak jelas riak takbur tu. Takdelah. Subjek ni budak budak zaman sekarang confirm boleh buat. Korang kan asyik dengan gadget. Belajar software basic dalam windows je. Microsoft Word, Microsoft Powerpoint, Microsoft Excel, Microsoft Groove (Sharepoint). Tak susah mana kan? Kat sekolah pun ada belajar benda ni. Korang akan ada 2 quiz, 2 praktikal test, 2 praktikal work dan 1 mini project. Mini project ni korang akan buat 1 presentation guna powerpoint. Tajuk tugasan depends on lecturer masing masing. And korang kena buat magazine untuk tugasan ni. Kena kreatif. Itu je.



So, itu jelah yang mampu akak terangkan. Kalau nak tanya apa apa, boleh comment kat bawah ni. Kesimpulannya, belajar tak ada yang mudah tanpa minat, dan tak ada yang berjaya tanpa usaha. As long as korang nak sambung belajar untuk banggakan your family, teruskan. Akak sambung study sebab akak fikir masa depan dan fikir family. Selama ni asyik makan duit parents je, why not kita kerja keras sikit bagi duit dan perhatian lebih kat parents suatu hari nanti.


Hidup ni sekejap je. Hargai apa yang ada depan mata sebelum dia pergi untuk selamanya. Anyway, goodluck dalam membuat keputusan. Rezeki Allah tu luas.

Saturday, 19 March 2016

Hari Pertama di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS)



Assalamualaikum!


Memandangkan final pun dah dekat, hampir cukup 1 sem aku dekat sini, so aku nak share sedikit pengalaman tentang hari pertama aku di sini. Aku pun baru sem 1, pengalaman tak banyak tapi cukuplah nak share dengan adik adik lepasan SPM tu. Tapi entry ni panjang dan tanpa gambar, harap tak bosan lah. Siapa yang masih confuse nak masuk ipt mana, angkat tangan! Yeayyy kita geng lah dik. Dulu akak SPM pun study last minute, tak sampai seru nak study awal. Hmmmm senang cerita akak pemalas lah. Hehehe.


SPM dulu akak ambil course sains IT, kiranya akak ambil semua subjek sains kecuali biologi. Biologi tu akak ganti dengan ICT. Jadi akak ni pro lah bab bab computer ni. Hrm, kekwat gila aku ni. Okay, result SPM akak tak lah bagus sangat tak lah teruk sangat. 2 ketul A je akak jumpa, tapi takda failed. Alhamdulillah tu rezeki akak. Nak menyesal pun dah tak guna. So, kita teruskan je hidup ni. Tak payah lah rasa “result aku teruk, aku tak dapat masuk U”. Tak perlu nak salahkan Allah kenapa jadi macam tu. Tak perlu k, tak perlu. Belajar bersyukur sikit. Tu rezeki adik.


Waktu nak apply UPU first intake dulu, akak pilih course pendidikan awal kanak kanak dekat UPSI, pentadbiran awam dekat UiTM dan macam macam lagi lah. Tapi nak buat macam mana, takda rezeki nak sangkut kat mana mana. Akak memang kuat berangan nak jadi cikgu tadika. Suka beno nengok budak budak kecik, comel. Sebab tu akak pasang niat nak kahwin awal. Tak dapat jadi cikgu untuk anak orang, jadi cikgu untuk anak kita dah lah. Ehh lari topik. Hahaha.


Akak ada apply poli dan ilp jugak, course yang akak ambil sekarang. Tapi tak dapat juga. Okay takpelah, abah akak kata sabar je dulu, nanti kita buat rayuan. Sampailah tarikh boleh buat rayuan, kemain lagi aku mengharap akan dapat satu, at least satuuuu. Tup tup, dapat ILP kalau tak silap akak, course programming macam tu lah. Menangis akak tak dapat UiTM, rasa macam bodoh sangat ke aku ni. Berbelah bagi nak pergi ke tak, sebab programming susah. Akak sekolah menengah dulu pun, harapkan kawan je tolong buat programming. So, akak mohon petunjuk Allah, dan akak yakin dengan keputusan akak. Akak tolak tawaran tu.


Mungkin korang ingat akak tolak rezeki tapi takpe, kita sabar dulu second intake. Orang kata nak dapat rezeki tu memang perlu usaha dan sabar. Akak duduk lah ceruk rumah selama 6 bulan lagi. Ada hikmah lah duduk lama kat rumah ni. Relationship bonding dengan family makin erat, akak pun dah pandai masak, boleh kahwin dah ni. Ehem. Hahaha. Alhamdulillah second intake, akak dapat 2 tawaran. UiTM Raub, course pentadbiran awam dan PTSS, course sains kesetiausahaan.


Memang banyak yang kata, pergilah UiTM, nanti senang sambung degree, masa depan cerah, poli ni apalah sangat. Jujur akak sendiri confuse nak buat keputusan. Bukan senang ye nak decide pilihan hidup, apatah lagi nak decide siapa bakal suami. Eh amboii punchline. Tapi akak minta petunjuk, akak pilih PTSS. Waktu tu akak kata “takpelah, kita mula dari bawah, insyaAllah rezeki tak kemana”. Alhamdulillah keputusan yang akak buat tak membuat hati akak rasa menyesal. Ni untuk siapa siapa yang pandang remeh pandang hina dekat politeknik, mai jumpa akak, kita settle kat parking. Eh takdelah hehe.


Politeknik pun tempat untuk belajar jugak adik. Rezeki masing masing kan. Kalau tak dapat masuk ipta, redha jelah. Mungkin rezeki bila adik masuk sini, adik jadi dekan setiap sem ke jumpa jodoh ke. Hahaha. Kita tak tahu dik. Akak pun sedang mencari jawapan ni, siapa bakal zauj akak. Gituwwww. Okay. Course akak ni kan, mula mula akak ingat subjek Shorthand ni macam tulisan cacing biasa biasa je tau. Tapi biasalah dik oiii, belajar mana yang senang kacang, baik awak tak payah belajar. Macam awal awal awak masuk tadika dulu, nak kenal ABC pun ambil masa. Sama je konsep dengan belajar dekat ipt.


A month before akak masuk sini, akak dah listkan barang barang apa yang perlu. Gelabah lah cari itu ini, yang tak penting pun beli juga. Ohh ya, pihak sini akan bagi adik list barang basic apa yang perlu adik bawa. Untuk course sains kesetiausahaan, setiap hari kena pakai baju kurung kecuali rabu. Rabu akan pakai baju korporat. Baju tu adik akan dapat waktu orientasi nanti, jangan teruk teruk pi cari kat kedai luar sana. Isnin pakai baju kurung dan blazer. Sama juga, blazer tu adik akan dapat. Lek je dik, kau bayar yuran, settled semua dapat. And kasut kena 1 ½ inch ye. Tak payah teruk teruk ukur lah dik, asalkan ada tumit sudah.


Barang apa yang akak bawa, nanti akan akak listkan untuk entry seterusnya. Pengalaman orientasi pun akan akak cerita ek. Kasi can akak nak throwback balik. Hehe. Okay, a week before akak daftar, akak stay kat kampung dulu. Kampung kat Kedah je, so dekat jelah kan. Masa tu lah nak berkepit dengan family pun.


Hari pertama di PTSS (Hari pendaftaran)


On the way mai sini, hati tu tak keruan. Demam pula masa tu, memang blank habis lah. Akak dapat blok B1. Akak daftar dulu, dapat kunci, check in lah tunggu apa lagi. Angkut lah dengan bagasi baldi bantal busuk semua ada. Melilau cari bilik tak jumpa, masuk bilik 5. Dalam hati “Ni kot bilik aku”. Kebetulan memang ada katil kosong 1. Haa yang mama dah salam dengan semua orang yang ada dalam bilik tu. Aku mampu senyum je masa tu, demam kan, tak larat lah. Lepastu makcik situ cakap “Cuba tengok no bilik betul betul, sebab tadi ada 2 orang salah bilik”. Aku tengok tengok. Lah bilik 15 ke. Haduhai, malunya. Hahahaha. Berangkut lah balik barang barang tu pi cari bilik 15.


Sampai sampai dalam bilik, dah ada 2 orang dah daftar. Okay takpe, aku amik katil aku. Kemas kemas barang semua. Tiba tiba, ada sorang lagi daftar masuk. Nampak macam sombong. Aku biarkan aje, aku kemas barang barang aku diam diam. Mama abah kena pergi dengar taklimat untuk ibubapa. So aku kat situ macam krik krik. Aku taknak situasi jadi awkward, mula lah ajak sembang, Tanya duduk mana apa semua. Okay, attitude dia macam aku juga. Berwaspada, behave, berdikari. Okay not bad, ada roommate satu kepala at least. Yang dua orang lagi tu mula mula aku nampak macam tak boleh ngam, tapi lama lama okay lah.


Kami start orientasi pukul 4.30 petang kalau tak silap. So ada banyak masa lagi lah. Taklimat ibubapa pun habis awal so mama abah kena balik lah kan. Pulun lah aku minta mama abah stay sampai start orientasi. Tapi tak boleh kan. So mama abah dah minta diri nak pergi, aku waktu tu hati sado, salam tanpa drama air mata. Dah masuk 2-3 minggu, menangis lah. Hahaha sis hati tisu. Dalam dok tunggu orientasi start, duduk jelah dalam bilik, kenal kenal roommate. Biasanya aku ramah kalau jumpa orang, tak tau lah mai duduk sini jadi pemalu, polite betul. Alhamdulillah, sayalah pilihan menantu mak awak. Hahaha.



Entry seterusnya, aku akan cerita pasal minggu MIHAS (orientasi) dan persediaan masuk ipt. Ohh dan akak akan terangkan dengan detail tentang subjek untuk course ni bagi sem 1. Stay tuned!

My Beginning

Assalamualaikum!


Hai awak. Okay. This is not my first time tulis blog. Actually masa form 2 dulu, aku memang gemor naw naw tulis pengalaman bercinta aku dekat sini. Canang merata dengan rasa riak takbur angkuh MasyaAllah, macam aku sorang je bercinta. Mana tak nya, first time orang datang minta couple, kemain lagi kauuuu. Excited betul. Hahaha Ya Allah rindunya zaman lembab lembab bodoh tu. Jadi sekarang, aku nak start menulis balik. Tapi macam biasa, cara penulisan aku tak ada yang puitis. Apa yang terlintas dalam kepala, itulah yang akan aku tulis. Nak berpuitis ni, bila sampai waktu bercinta tu, sajak lautan luas akan ku renang semua aku tulis. Tau tau.


Based on my experience, blogging ni salah satu cara kita nak share story dan pengalaman atau lebih mudah aku cakap, blog ni macam diary. Jadi entry kali ni, kita lek lek sempoi je. Tak payah bagi cerita heavy sangat. Nanti satu persatu cerita pasal aku akan ku bongkarkan. Muahahahahahahahahaha *evil laugh*. For those silent readers, amboiii dia, baca entry tak tengok kiri kanan dah. Hahaha.


Tak kisah lah ada yang baca ke tak, as long as aku puas hati sebab dapat luahkan. Kalau korang rasa aku ni menulis dengan cara kasar tak beradab dan rasa tak boleh buat calon isteri dan juga pilihan menantu mak awak, tak payah lah baca ek. Sebab aku lebih kepada perangai gila gila tapi i behave tau. Haa nak mengata aku lah tu? Hihi. Terimalah daku seadanya, tambah tambah awak tu haa, yang bila pandang saya akan terdetik dalam benak fikiran “she’s the one”. Hahaha. Okay byeeee.